20111219

Awan Kupu-Kupu



"Selamat tinggal Kanta . Semoga berbahagia . "

xxxxxxxx

Daerah Hyugo , Pulau N 


"Kiyooooo ! " Kanta berlari selaju yang mungkin untuk mengejar Kiyo Natsume , kawan baik yang dikenali sejak dalam perut lagi . Eh, k tipu sejak tadika .

"Kau lambat Kanta . " Seorang budak perempuan berambut pendek berpaling dan menegur Kanta kembali .

"Kau dah dengar ke ?! Baru-baru ni ada pelajar baru pindah lah ! Kat pulau ni ! "

"Eeehh , betul ke ?! " Kiyo mengerutkan dahi tanda terkejut . Sebab sebelum ni mana pernah ada orang luar pindah masuk ke pulau ni . Dah nama pun pulau , mesti la tak banyak kemudahan kan .

"Lelaki ke perempuan ? " Kiyo buat muka comel . Dia tak pernah ada kawan perempuan . Sejak kecil dia hanya berkawan dengan lelaki sahaja . 

"Erk ! Aku harap bukan perempuan ! "

"Eh kenapa pulak ?! "

"Budak perempuan bising , buruk perangai , tak tahan aku ! " Selamba badak Kanta merungut tentang perempuan di depan Kiyo .

Kiyo mengenggam penumbuk . Nak kena budak sekor ni ..

"Ada kau sorang pun dah cuk.." Kanta tak sempat nak habiskan ayat .

'Pang ! Kedebush ! Kelepang ! ' Kiyo membelasah Kanta sekuat hati . Suka hati kau eh nak kutuk perempuan depan aku ?

"Kiyooooooooooooooooooo! Kantaaaaaaaaaa !!!!!  " Suara seorang lagi budak lelaki menghentikan Kiyo daripada terus memukul Kanta . 

"Berita , berita , baru-baru ni ada pelajar baru pindah kat pulau .. " Termengah-mengah Goma menyampaikan berita terbaru yang diketahuinya daripada makcik jual ikan tadi .

"Dah tau la ! " Kiyo dan Kanta serentak menjawab .

"Apalah ! Goma punya maklumat selalu je lambat seminit kan ? " Kanta memperli Goma yang keletihan sambil mereka meneruskan pelajaran ke sekolah .

"Aku punya la mengah lari laju-laju nak bagitau korang , sekali korang dah tau dulu ? Hampeh ! " Goma buat muka . 

"Wahahahaha ! Memang betul pun ! " Kiyo mengiyakan kata Kanta .

Terapung di Setouchi , di pulau kecil yang sedang giat membangun ni la kami bertiga sentiasa bersama .

Pelabuhan Feri

"Yang itu ke ? " Kanta mengerutkan dahi mengintai seorang makcik dengan seorang anaknya melalui teropong . Macam stalker !

"Bukan lah ! Tu makcik yang menumpag rumah Yamamoto la ! "  Goma menidakkan andaian Kanta .

"Lupa pulak . Diorang ada kata nak beli-belah kat Osaka . " Kenta baru teringat .

"Budak baru tu datang dari Tokyo kan ? Mestilah diorang nampak macam kaya dan moden sikit  ! " Kanta terus menghalakan teropongnya mencari budak  baru yang disebut-sebut tu .

"Eh ?" Kiyo ternampak sesuatu .

"Aduuhhhhh ! Eiii panasnya ! " Seorang perempuan dalam lingkungan 30-an menarik perhatian Kiyo . Perempuan tersebut memakai baju tee tanpa lengan , seluar jeans dan menggalas beg tangan . 

"Nampak macam orang luar ni .. mesti orang yang baru datang dari Tokyo tu . " Kiyo berfikir .

"Pantai bau busuk ! Kampung bau hanyir ! Takboleh tahan ! Macam-macam bau ada ! " Perempuan tadi terus merungut tanpa peduli untuk memperlahankan suaranya sampai orang yang lalu di sekelilingnya semua pandang muka tak puas hati .

"Ni ke ..?" Kanta jatuh rahang .

"Kau rasa dia ni ke .. ? " Goma pun dah tak terkata apa-apa .

"Oh ? " Perempuan tadi baru tersedar ada 3 orang budak dalam lingkungan 10 tahun memandang pelik ke arahnya .

"Hai semua !!!!! kamu semua ni pelajar kat pulau ni ke ? Darjah berapa ? Kelas mana ? " Perempuan yang tidak dikenali tadi tiba-tiba ramah menegur mereka bertiga dengan bermacam-macam soalan . Kanta dan Goma tak terkata apa-apa sebab terkejut , hanya Kiyo je yang menjawab ,

"Dar...darjah 5 .. Kelas .. ada satu kelas je !! " Kiyo membalas dengan nada terkejut .

Makcik ni tiba-tiba sergah kitorang , dia kenal ke ?

"Darjah 5 ? Nasib baik ! Sama la dengan dia ! ♫ " Makcik tadi membalas sambil menarik bahu seorang budak perempuan yang dari tadi hanya tunduk .

"Ini Hayakawa Ritsuka . Satu-satunya anak perempuan makcik. Dia sebaya dengan kamu semua , sekolah rendah darjah 5 . Berkawan la baik-baik ye ! " Budak perempuan yang tunduk tadi mengangkat wajahnya apabila mamanya memperkenalkan dia kepada kawan-kawan barunya .

"Wahhhhh ! Macam mat saleh , putih melepak . Comelnya !!! " Kiyo terpegun .