Awan Kupu-Kupu
"Selamat tinggal Kanta . Semoga berbahagia . "
xxxxxxxx
Daerah Hyugo , Pulau N
"Kiyooooo ! " Kanta berlari selaju yang mungkin untuk mengejar Kiyo Natsume , kawan baik yang dikenali sejak dalam perut lagi . Eh, k tipu sejak tadika .
"Kau lambat Kanta . " Seorang budak perempuan berambut pendek berpaling dan menegur Kanta kembali .
"Kau dah dengar ke ?! Baru-baru ni ada pelajar baru pindah lah ! Kat pulau ni ! "
"Eeehh , betul ke ?! " Kiyo mengerutkan dahi tanda terkejut . Sebab sebelum ni mana pernah ada orang luar pindah masuk ke pulau ni . Dah nama pun pulau , mesti la tak banyak kemudahan kan .
"Lelaki ke perempuan ? " Kiyo buat muka comel . Dia tak pernah ada kawan perempuan . Sejak kecil dia hanya berkawan dengan lelaki sahaja .
"Erk ! Aku harap bukan perempuan ! "
"Eh kenapa pulak ?! "
"Budak perempuan bising , buruk perangai , tak tahan aku ! " Selamba badak Kanta merungut tentang perempuan di depan Kiyo .
Kiyo mengenggam penumbuk . Nak kena budak sekor ni ..
"Ada kau sorang pun dah cuk.." Kanta tak sempat nak habiskan ayat .
'Pang ! Kedebush ! Kelepang ! ' Kiyo membelasah Kanta sekuat hati . Suka hati kau eh nak kutuk perempuan depan aku ?
"Kiyooooooooooooooooooo! Kantaaaaaaaaaa !!!!! " Suara seorang lagi budak lelaki menghentikan Kiyo daripada terus memukul Kanta .
"Berita , berita , baru-baru ni ada pelajar baru pindah kat pulau .. " Termengah-mengah Goma menyampaikan berita terbaru yang diketahuinya daripada makcik jual ikan tadi .
"Dah tau la ! " Kiyo dan Kanta serentak menjawab .
"Apalah ! Goma punya maklumat selalu je lambat seminit kan ? " Kanta memperli Goma yang keletihan sambil mereka meneruskan pelajaran ke sekolah .
"Aku punya la mengah lari laju-laju nak bagitau korang , sekali korang dah tau dulu ? Hampeh ! " Goma buat muka .
"Wahahahaha ! Memang betul pun ! " Kiyo mengiyakan kata Kanta .
Terapung di Setouchi , di pulau kecil yang sedang giat membangun ni la kami bertiga sentiasa bersama .
Pelabuhan Feri
"Yang itu ke ? " Kanta mengerutkan dahi mengintai seorang makcik dengan seorang anaknya melalui teropong . Macam stalker !
"Bukan lah ! Tu makcik yang menumpag rumah Yamamoto la ! " Goma menidakkan andaian Kanta .
"Lupa pulak . Diorang ada kata nak beli-belah kat Osaka . " Kenta baru teringat .
"Budak baru tu datang dari Tokyo kan ? Mestilah diorang nampak macam kaya dan moden sikit ! " Kanta terus menghalakan teropongnya mencari budak baru yang disebut-sebut tu .
"Eh ?" Kiyo ternampak sesuatu .
"Aduuhhhhh ! Eiii panasnya ! " Seorang perempuan dalam lingkungan 30-an menarik perhatian Kiyo . Perempuan tersebut memakai baju tee tanpa lengan , seluar jeans dan menggalas beg tangan .
"Nampak macam orang luar ni .. mesti orang yang baru datang dari Tokyo tu . " Kiyo berfikir .
"Pantai bau busuk ! Kampung bau hanyir ! Takboleh tahan ! Macam-macam bau ada ! " Perempuan tadi terus merungut tanpa peduli untuk memperlahankan suaranya sampai orang yang lalu di sekelilingnya semua pandang muka tak puas hati .
"Ni ke ..?" Kanta jatuh rahang .
"Kau rasa dia ni ke .. ? " Goma pun dah tak terkata apa-apa .
"Oh ? " Perempuan tadi baru tersedar ada 3 orang budak dalam lingkungan 10 tahun memandang pelik ke arahnya .
"Hai semua !!!!! kamu semua ni pelajar kat pulau ni ke ? Darjah berapa ? Kelas mana ? " Perempuan yang tidak dikenali tadi tiba-tiba ramah menegur mereka bertiga dengan bermacam-macam soalan . Kanta dan Goma tak terkata apa-apa sebab terkejut , hanya Kiyo je yang menjawab ,
"Dar...darjah 5 .. Kelas .. ada satu kelas je !! " Kiyo membalas dengan nada terkejut .
Makcik ni tiba-tiba sergah kitorang , dia kenal ke ?
"Darjah 5 ? Nasib baik ! Sama la dengan dia ! ♫ " Makcik tadi membalas sambil menarik bahu seorang budak perempuan yang dari tadi hanya tunduk .
"Ini Hayakawa Ritsuka . Satu-satunya anak perempuan makcik. Dia sebaya dengan kamu semua , sekolah rendah darjah 5 . Berkawan la baik-baik ye ! " Budak perempuan yang tunduk tadi mengangkat wajahnya apabila mamanya memperkenalkan dia kepada kawan-kawan barunya .
"Wahhhhh ! Macam mat saleh , putih melepak . Comelnya !!! " Kiyo terpegun .
No comments:
Post a Comment